First n fOremost, alhamdulillah..adik Afif nampak semakin pulih. trachea tube dia dah dibuka. So, dia bernafas macam biasa sperti orang normal. Tube Afif dibuka pada 30th june 2009(tuesday) yang lepas. Dia kena tahan ward for a night, lepas berlatih naik tangga ngan prof Sani esoknya..dia nampak ok n xpenat. So, next appoinment adalah next month. Hopefully xde pape side effect kat Afif. Cuma sekarang ni tengah pikir camne nak cover balik sume pelajaran Afif yang tertinggal. Tahun ni dia amek UPSR, tapi pada pndangan saya, mental dia still kat tahap satu. Dia mampu ingat n faham sume lesson before accident tu, tapi lesson yang lepas accident sume dia xfaham n juz hafal cam tu je. tu pon nasib baik kalo dia nak hafal.
So, kalo sesiapa yang ada something yang boleh share tantang pelajaran Afif yang tertangguh ni..sila bagitau ye. Kami merancang nak masukkan dia ikut student yang ada masalah pembelajaran. Tapi, dia dah boleh baca, kira n tulis yang basic2. so, dia xlayak masuk kat sana. Apa yang saya nampak, Afif can read very well, better than student yang saya ajar untuk pemulihan kat skola tu. Cuma saya risau kalo sekolah menengah nanti, dia masuk main stream macam yang lain, dia xboleh bawak. terfikir gak nak cari private tutor, tapi sure mahal gile, mana la kitorg mampu. Hopefully ada jalan penyelesaian..cian kat Afif, asik kena marah aje kat skola. dia bukan malas, juz dia susah nak absorb apa yang diajar. bayangkan dah banyak kali dia kekurangan oxygen kat otak. sure ada effect kat otak dia. paling sedih bila cikgu2 buat2 xfaham dengan keadaan dia. Diorang rasa Afif macam satu ancaman yg akan jatuhkan gred skola. Macam ni la jadinya kalau matlamat mengajar n belajar adalah semata-mata kerana exam. (juga mengingatkan diri sendiri).
Second, weekend ini berjalan2 dengan mak. Nasib baik jusco tengah sale. Bole la jugak nak beli kasut baru, hoho. Start praktikal ni, dah 2pasang kasut koyak..adeh..ganaskah saya berjalan?oleh itu, kenalah beli kasut lain, mintak2 yang ni bertahan sampai 3tahun posting(hahahaha). Lepas penat jalan2, tetiba teringat dah lama xmasuk kedai buku, lalu singgah kat popular. Wah..tetiba nampak buku Robin cook yang baru dah kuar..gembiranya dalam hati! Even xberapa cukup bajet, tetap korek2 kat poket beg, n nasib baik cukup. Tapi balik umah dah pokai r, xpe2 asal puas hati dapat beli buku cte..yehaa! Ha, sesiapa yang ada nak jual buku robin cook second hand, bagitau r kat saya. Kalo saya lom ade buku tu, pasti saya beli. Setakat ni yang dah ada-Crisis, Critical, Marker, Toxin n Invasion. Masih mengumpul koleksi buku Robin Cook. (tapi saya xpernah wat book review kan?...tengok la nanti kalo rajin).
Third, selepas kembali ke KKB, saya baru perasan, tambang untuk ke KKB lebih mahal berbanding ngan ke Tanjung Malim.
Tiket, Melaka-KL= RM 12.20.
Star, Pasar Seni-KL sentral= RM 1
Komuter, KL sentral -KKB= RM 5.60
Teksi balik umah= RM 7
JUMLAh= RM 25.80
Kalo ke Tanjung Malim,
Tiket, Melaka-KL= RM 12.20
Tiket, Kl-Tg malim= RM 7.20 (lupe la yang exact value)
teksi balik umah= freee..(housemate amek)
JUMLAH= RM 19.40
Even Tg Malim lebih jauh dari KKB, tapi tambang dia lebih murah n lebih cepat. Naik komuter ke KKb dari KL sentral lebih kurang 2 jam...mcm nak pegi Melaka plak gamaknya. eh, kenapa saya membanding bezakan KKB n TM?adakah saya merindui TM??huhu..agaknya kot. Kat cni kalo dayah xde, xde sape nak amik kat stesen komuter tu, maka terbangla duit sebanyak rm7...(owh, ni bukan kede~ ye..ni nak jimat bajet..loan lom masuk maaa...).
Forth, kepada sume budak U yang akan mula sem esok, SELAMAT BELAJAR! saya dah mula merindui zaman belajar...juga GOOD LUCK EXAM for my brO, AMi. All the Best ya!
ntok nAni plak, istikaharah habis-habisan untuk tukar skola..!Kita xbole lari dari masalah, tapi kena hadapinya.Kakngah still vote for sharodZ! (not, kakngah nmpk teacher Haslina kat jusco semalam, tapi xsempat nak tegur dia dah hilang dari pandangan).


0 comments:
Post a Comment