Monday, October 31, 2011

Kem Pemantapan Sahsiah 2011 by JAKSA Bintulu

Kem Pemantapan Sahsiah Sekolah-sekolah Bahagian Bintulu telah diadakan pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011. Tahun ini diadakan di SMK Kemena, Bintulu anjuran HEWA JAKSA, PPD Bintulu. Dengan tema yang menarik perhatian, 'Katakan Tidak Kepada Zina', sasaran kem ini adalah kepada pelajar tingkatan 3 yang bermasalah 'couple' di sekolah. Pengendali utama program adalah Cikgu Shukri & Cikgu Radhiah yang telah biasa mengendalikan program 'Anda Bijak Jauhi Zina' -IKRAM Teens. 
OK..sekarang dah penat pikir ayat skema..Macam buat karangan laporan masa sekolah menengah pulak. Kenapa saya tiba-tiba berada di program ni..? Ape lagi, jadi guru pengiring lah..skola hantar 12 orang wakil. 6 lelaki n 6 perempuan. Semua pelajar form 3 n saya tak kenal pun, puas jugak lah nak ingat muka sorang-sorang. (takut ada pape problem nanti, eg, pengsan tak kenal muka anak murid sendiri, susah gak). 


Our TEam- SMK baru!
Herm....pengisian program adalah sangat santai n fun. Even mula-mula agak membantah dalam hati sebab terlalu santai, tapi bila fikir-fikir balik, bagus jugak buat macam tuh. Basic agama pun mereka still lemah..so, tak boleh nak bawa pendekatan yang terlalu tegas. Takut tak masuk langsung dalam hati. Yang penting pic2 bayi yang dibuang, proses pengguguran, adalah sangat mengerikan!



Overall, Alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk menghadiri program begini. At least hati terisi, masa terisi dan ilmu juga bertambah. Masa berada kat kem ni adalah digunakan secara optimum! Kerja-kerja sekolah juga langsai awal dari jadual yang dirancang. (kalau tak pergi kem, cnfirm keje tido n makan je kat umah). Alhamdulillah....syukur sangat..dalam keadaan hectic minggu lepas- kerja bertimpa2, sampai rasa nak demam, jerawat naik banyak gile- saya berjaya mengimbangkannya menjelang kem ini. Syukur2...Terima Kasih ya Allah..sesungguhnya KAU adalah perancang terbaik!.
Duduk luar surau bersama angin sepoi2 bahasa,
buat kerja sekolah sambil dengar pengisian n
kadang2 tinjau dalam tengok aktiviti diorang.


HOpefully semua peserta program mampu manjaga diri, menjauhi zina dan lebih baik dan hebat lagi jika mampu menyebarkan mesej ini kepada rakan2. Adik2 peserta, jika tak dapat terima semua pengisian tuh, at least ambillah secubit ilmu dari sana. Praktikkan adab berdoa yang diajar :
1. Duduk dengan beradab, selesa.
2. Tadah tangan, pandang pada satu titik pada tangan.
3. Rasakan dalam hati anda berada bersama Allah.
4. Istighfar..mohon ampun
5. Berdoa dengan sungguh2..minta dengan sungguh2..minta dengan sepenuh hati...(jangan jemu berdoa..sebab ALLAH tak pernah jemu bagi macam2 nikmat pada kita).
Sesi bersama parents.
Sedih, ramai parents tak hadir even dalam surat maklum balas ramai yang hadir.
Dari parents untuk anak...
(teringat masa program PMR dulu, mak n arwah abah datang sekali...
ada sesi  menulis surat  amanat untuk anak. sampai sekarang tiap2 kali baca surat tu,
mesti nangis..~)
Tahniah untuk warga kerja Kem Pemantapan Sahsiah ni! Great effort n great joB! Thanks to Zue, sudi datang untk tolong hantar student, temankan balik..hehe..~


P/S - Congrate untuk Konvo Faiz (1/11/11)! n Good Luck for ur new JoB! Moga kita sentiasa dalam berkat dan kasih sayang Allah..!

0 comments:

nuFFnanG