Salam..
Dah lama rasanya tak menulis. Maaf, bukan sibuk, tapi rasa lebih bahagia bila bercuti. Bila bahagia, maka tak perlukan gadjet lain2, bersama family dah cukup untuk isi masa lapang. Cuti sekolah untuk sekolah saya mula awal seminggu dari sekolah lain disebabkan sekolah takde dewan untuk calon2 SPM, kena guna kelas. So, cuti ni dah siap2 berganti setiap Sabtu bulan2 yang lepas. Balik kampung takde ape2 aktiviti 'grand' pun. Sekadar aktiviti biasa yang dilakukan di rumah. Tapi bila dah nama balik kampung, even menyapu rumah adalah bersama kegembiraan. Membasuh baju adalah gembira, membuang sampah adalah gembira, mengupas bawang adalah gembira, masak(tak berapa..haha)..makan memang lah gembira. Kira semua aktiviti di rumah hari2 juga adalah gembira.
Syukur menjadi guru, dapat cuti lama2, even masa sekolah kerja sangat banyak sampai kena 'stay up' sampai pagi, kira dah terbalas untuk cuti sebulan ni.huhu.. Owh...bahagianya bersama keluarga! Lebih-lebih lagi bila mak dah selamat pulang dari tanah suci, bertambahlah bahagia berada di rumah. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan mak sepanjang mengerjakan ibadah haji. Terima kasih jugak kat sedara-mara dan jiran tetangga yang datang bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk kenduri kesyukuran kepulangan mak hari tu. Alhamdulillah, Allah berikan hati2 seperti mereka yang suka menolong..(ish, tapi ada juga yang tak best masa kenduri. Tetamu yang datang ada yang complain dapat barang(hadiah) berbeza-beza dari orang lain. Diorang cakap mak tak adil bagi hadiah2 dari Mekah tu. Mak diam jer..tapi saya ni marah jugak sebab mak pergi haji untuk beribadat, bukan pergi jalan2 bersiar-siar ambil angin! Kira dah syukur lah tu mak bagi jugak souvernier kat korang. Erm..nampak sangat nak g kenduri untuk dapatkan hadiah kan. Tak pernah2 nampak kamu datang kenduri sana-sini, tetiba kali ni muncul pulak bersama complain macam2..ish3..manusia2..)ok tutup buku.
So, mari kita nikmati gambar2 hari yang bahagia semasa cuti ini.
 |
| Pulang dari Bintulu, terus ke sini. Eagle Ranch @ PD |
 |
| Pantai Teluk Kemang |
 |
| Hujung minggu lawat adik2 kat asrama. Lokasi: Muara Sungai Linggi |
 |
| Itew budak nak main air je tau..nice spot! Subhanallah |
 |
| Kenduri kepulangan mak dari Haji |
 |
| Kelas memasak cupcakes oleh Cik Syaza! |
 |
| uish..hensemnyer...! Maulana Faqihuddin! |
 |
| Sambutan besday Aiman 26/11 @Tomyam klasik, Sg Putat |
 |
| Besday Boy n Hajah Zainon |
 |
| Sekadar hiasan..! |
 |
| Nyummy! hahaha |
p/s : Good Luck Aiman untuk SPM! Tinggal 4 paper je lagi. GooD LucK jugak untuk Ami..Tak lama je lagi nak final..buat yang terbaik!
4 comments:
jeles!! jeles! jeles!!!!!!!!!!!!!!!!!
x sabar nk balik kampung jugak..
sabar3...! tak lama lagi sampai lah kat tanah besar semenanjung nih..huhu
ayat yang best untuk dikenang "selamat pagi cikgu" .. semoga menjadi cikgu yang terbaeikk :D
ps: mohon bantuan untuk kempen anak2 yatim di http://www.benjystanis.co.cc/2011/11/kempen-marilah-menderma-selama-15-hari.html anda tak perlu menderma wang ringgit hanya perlu sokongan sahaja, terima kasih.
Nak cuti jugak....hehe..walin:)
Post a Comment