Friday, November 11, 2011

Permuafakatan!

Hari ni macam-macam yang berlaku...
Even my day start bila sampai kat sekolah, tapi memang macam-macam berlaku yang mengusik jiwa.
Bila sampai sekolah baru perasan yang semua orang sibuk tanya dapat tukar or tak. Frankly speaking, saya memang tak ingat hari ni dah boleh check pertukaran guru secara online. Patutlah datang-datang sekolah, ada muka moody, ada muka suker giler. Dalam hati dah lup dup- lup dup- lup dup (ini bunyi jantung). Tak sabar nak check keputusan untuk diri sendiri. Walaupun otak dah cakap awal2..confirm tak akan dapat pindah, tapi hati tetap berharap. Keputusan pertukaran saya, boleh check pada entry sebelum ini
carian google :deal

Hari ini jugak diadakan permuafakatan. Maksudnya, hari untuk guru dan parents bincang masalah anak2 mereka kat sekolah. Kira Hari Bersama Pelanggan SMK Baru Bintulu. Erm, jangkaan saya untuk kehadiran ibu bapa adalah sedikit memandangkan baru bulan Sept / Okt lepas diadakan Permuafakatan untuk Peperiksaan Formatif 2. So, pelajar yang hadir pun 20 orang sahaja, parents yang datang hanya 8 orang. Lepas yakin dan pasti semua parents yang akan datang dah datang jumpa saya, saya pun arahkan pelajar yang tinggal(parents tak datang) untuk berkumpul kat depan bilik guru. Tujuannya, senang sikit nak kawal. Kalau dalam kelas, confirm ada banyak benda yang terbang bersama2 pahala sebab tak tahan marah.
Kumpul depan bilik guru lebih selamat sebab banyak cikgu yang perhatikan mereka dan they all will behave. Sementara nak tunggu masa balik, saya bagi buku-buku cerita untuk dibaca. Dari melangut tengok orang, baik baca buku, tak baca tengok gambar pun jadilah. Saya pulak sibuk menyiapkan kerja yang banyak datang secara last-last minute nih. Tengah2 sibuk mengemas...
tetiba kena marah. 
Marah yang memang marah sebab Wali Kelas (a.k.a guru kelas) takde kat kelas dan pelajar bersepah2. 
Saya pun dengan sedih hati, pergi  kat luar bilik guru mengechek pelajar2 saya. Alhamdulillah, takde pulak buat hal..siap tolong cikgu lain buat kerja lagi. Tapi dalam hati dah retak2..sedih n marah kat diri sendiri sebab kena marah. 
Saya pun stay ngan student, Masa duduk situ sekali lagi kena marah... 
Kena marah sekali memang ok,
 tapi untuk kali kedua memang nak berkaca hati nih..
Aduh...saya sedaya upaya buat tugas wali kelas dengan baik. Tapi kena tuduh macam2 pulak. Sedih sangat, marah pun ada. Padahal kelas yang bising dan asyik menjerit tuh, adalah kelas yang buat jamuan haram! 
Pentadbiran dah pesan tak boleh buat jamuan, korang buat jugak, lepas tu kelas jadi tak terkawal, bising sana sini, jerit sana sini. Its ok kalau korang je kena marah, tapi siap dengan orang lain yang tak bersalah pun kena marah..Hangat dalam hati ok! Nasib baik dah nak balik, kalau tak, memang ada orang free2 dapat ceramah dari saya! Ish..hangat dalam hati terbawak2 sampai balik. Memang tahan jer..so, bila balik, bawak kereta laju2 (konon nak lepas geram). Tetiba rasa macam tak siuman la pulak, nak bahayakan diri sendiri..last2 singgah terus masjid asy-syakirin solat. Baru rasa tenang sket lepas solat jemaah maghrib n isyak...

Kesimpulannya, saya tak suka dimarahi macam budak2 kecil lagi! Memang ada salah saya, tapi being tortured in front of others is humiliation..!

Sebab tension kena marah, saya makan aiskrim n beli coklat! Makan puas2...makan makan makan..selepas 3 hari tak makan!


0 comments:

nuFFnanG