Di sini lah tempat yang selalu dilawati sekarang.
KOLAM RENANG AWAM BINTULU.
Terletak kat sebelah Dewan Suarah Bintulu.
Tiket pelajar - RM 1
Dewasa - RM 2
Syukur Alhamdulillah, sangat warm staf kat sini. Saya berjaya buat breastroke dengan teknik yang betul n boleh lepas banyak lap depends pada masa yang ada.
Sebut pasal masa, pergi kat cni lepas maghrib,(maghrib lebih kurang 6.40) sampai sane pukul 7.10mlm. Tutup kol 7.45 mlm. So, biasanya saya masuk kolam tak sampai 1jam pun. Lepas ni maghrib makin lambat, (hampir pukul 7), takut sempat masuk kolam, dah kena kuar. So,saya ada hantar email kat bda untuk ubah masa penggunaan kolam ni. Mula-mula confirm yakin, staf2 kat situ tak tau saya yang hantar, tetiba ntah macam mana, boleh terkantoi plak. (akibat guna email yang sama utk fb formal saya). So, sejak dari tu, macam2 privilage saya dapat dari sana.
1. Dapat parking kat dalam kwsn larangan. (hehe)
2. Boleh extend masa renang sampai kol 9mlm dengan syarat bagitau awal2
3. Dapat belajar teknik renang dengan betul.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..moga lepas ni saya dipermudahkan lagi nak menguasai teknik2 sukan sunnah nih.
Kalau korang tanya susah tak nak belajar renang? Saya cakap, susah, memang susah. Its very hard for first timer, susah nak arahkan setiap anggota badan berfungsi ikut teknik yang betul. Pernah rasa nak give up, tapi malulah kalau buat kerja separuh jalan. So, perlu kekuatan semangat! Dah berlatih banyak kali, insya Allah boleh!. .. Buat je muka tak malu kalau tertelan air banyak kali, tenggelam banyak kali, its the way to learn. Kalau belajar renang tak pernah tertelan air kolam, pelik jugak tuh..hoho~
Sekian sahaja laporan saya setelah sekian lama menyepi. Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 Cina..!
Saya mengekor orang ke suatu tempat dalam senarai wishlist 2012 untuk cuti ni. So, tunggu laporannya..! hehe

0 comments:
Post a Comment